PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Selasa, 23 Februari 2010

Khatam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana memberikan aku kesempatan dipagi ini untuk menghirup udara pagi yang tidak kurang segarnya di Hayyu Sabeik Kaherah. Alhamdulillah juga kerana dikesempatan yang sibuk ini aku dapat menulis sedikit sebanyak di dalam ruangan blog ini di samping menceritakan perjalan hidupku di perantauan kepada kalian. Alhamdulillah juga kerana dapat bertalaqqi bersama Syeikh Nurouddin Almakki Albanjari  di Rumah Kedah 3 Hayyu Sabeik, Nasr City Kaherah walaupun di dalam kepenatan sikit dengan perniagaan kitab-kitab karangan Syeikh yang berlangsung selepas dan sebelum kuilah dimulakan. Antara kitab-kitab yang dijual setakat ini Adab mufrad, Khairad Hasanat (Manaqib Imam Abu Hanifah), Tahzib, Manaqib Imam Syafie, hizib-hizib dan banyak lagi.

Selama beberapa hari ini ternyata sudah hampir selesai Syeikh mengajar kitab Adab Mufrad, In Sya Allah pada malam ini akan diadakan Majlis Khatam Kitab Adab Mufrad, di dalam kitab ini banyak menceritakan adab-adab dan hukum hakam seseorang muslim berdasarkan nas-nas hadis yang dipilih dan disusun oleh Syeikh sendiri, setakat ini hampir 500 hadis sudah dubaca, kadang-kadang aku ketinggalan sedikit mukasurat kerana bertugas sebagai AJK jualan. Penjualan kitab Adab Mufrad yang di cetak 1000 cetakan pada minggu lepas habis dipasaran, manakala ada sesetengah kitab lain juga habis dijual, tetapi tidak sebanyak cetakan Adab Mufrad. Ini bermakna mahasiswa mahasiswi yang hadir pada majlis Tafaqquh Fiddin ini lebih dari 1000 orang.

Ketika kelas pengajian sedang bermula semalam, syeikh mngumumkan hajatnya untuk mengadakan majlis Khatam Kitab AdabulMufrad pada malam esok, aku dan beberapa AJK pelaksana program bermesyuarat sebentar kerana masa sangat suntuk untuk membincangkan tentang majlis Khatam yang akan berlangsung pada esok hari. Dalam mesyuarat itu kami membincangkan tentang menu yang akan dibuat pada esok hari, kami bersepakat untuk membuat nasi minyak berlaukkan daging kari sahaja berdasarkan jumlah kewangan yang diberi oleh syeikh sebanyak LE 1000 dan LE1300 dari hasil kutipan semasa majlis tafaqquh berjalan.

In Sya Allah, semoga dengan usaha-usaha kami untuk menjayakan majlis ini, kita sama-sama akan  mendapat keberkatannya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk mengendalikan majlis ini.
Wassalam :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف