بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين
أم بعد,
Alhamdulillah, sempat juga saya mengikuti majlis pertangguhan daurah soifiyyah yang dianjurkan oleh Unit Dakwah Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir (MKKK). Majlis bermula pada jam 18.00 di Dewan yang diberi nama oleh Alfadhil Syeikh Nuruddin Marbu Almakky Albanjari dengan nama Dewan Tasamuh Wal Iqa' di Kedah Student Hostel 3, majlis tersebut berakhir sehingga masuk waktu maqrib pada lebih kurang jam 20.00.
Pihak MKKK terpaksa menangguhkan pengajian daurah soifiyyah kerana mempunyai sedikit masalah dalaman, disamping menghormati Majlis Daurah bersama Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakky yang akan diadakan pada awat Ramadhan setiap tahun.
Balik kepada Majlis Daurah Soifiyyah,
Majlis tersebut dimulakan dengan alunan burdah oleh Saudara Khairul Abdan, kemudian diteruskan dengan alunan ayat suci alqura. Selepas alunan alquran dialunkan, pihak majlis menyerahkan microfon kepada syaikhuna Syeikh Jamal Farouk sebagai pengerusi kedua dalam majlis ini.
Antara masyaikh Azhar Assyarif yang turut serta pada pada majlis ini, Syeikhuna Syeikh Toha Hibishi, Syeikhuna Syeikh Mustofa, Syeikhuna Syeikh Fathi, Syeikhuna Syeikh Ahmad Mamduh, Syeikhuna Syeikh Abdullah Robi', Syeikhuna Syeikh Usamah dan turut juga serta Syeikhuna dari Darul Ifta' Fadhilatul Syeikh amru Wirdani. Beberapa minit majlis dimulakan maka sampailah ketibaan yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa/mahasiswi dan para masyaikh iaitu dengan ketibaan Syeikhuna Syeikh Ibrohim Alkittani dari kota Iskandariah.
Majlis berjalani dengan lancar, setiap masyaikh diberi peluang untuk berucap sepatah dua kepada hadirin sebagai kata-kata nasihat disamping berdoa. Lebih kurang jam 18.16 Syeikhuna Dr.Jamal Farouk memberi laluan kepada Fadhilatu Syeikhuna Syeikh Ibrohim Alkittani sebagai kata-kata penutup majlis pada petang itu. Selapas ucapan dari Syeikh, pengerusi pertama majlis menjemput Syeikh Yusoff Hj Ahmad yang diiringi oleh saudara Zahran sebagai pemangku YDP MKKK untuk memberikan sedikit cenderahati kepada masyaikh yang hadir, majlis diteruskan lagi dengan selawat keatas nabi yang dialunkan oleh saudara arab mesir sendiri.
Jam dinding pada waktu itu menunjukkan jam 19.55 menunjukkan sudah hampir masuk waktu magrib, lalu microfon diberikan kepada saudara Khairul Abdan bagi melaungkan azan magrib. Selepas solat magrib yang diimamkan oleh Syeikh Ibrahim Alkittani, saya dan sahabat-sahabat mengambil peluang keemasan untuk besalam salaman dengan para masyaikh yang hadir. Majlis penangguhan daurah soifiyyah diakhiri dengan jamuan disutuh Kedah Student Hostel.
Saya berdoa dan berharap agar majlis daurah soifiyyah dapat dimulakan semula dengan segera suatu hari nanti.
TENTATIF PROGRAM DARI UNIT PENGAJIAN MKKK
MAJLIS PENANGGUHAN PENGAJIAN INTENSIF MUSIM PANAS BERSAMA MASYAIKH AL-AZHAR
( الدورة العلمية الصيفية المكثفة مع مشايخ الأزهر الشريف )
TARIKH : 24 JULAI 2010
HARI : SABTU
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN AT-TASAMUH WAL-IKHA’ , ASRAMA DARUL AMAN 3, HAYYU SABIEK,MADINAH NASR, KAHERAH.
PENGISIAN MAJLIS:
1. SAMBUNGAN PEMBACAAN HADIS MUKHTASAR IBN ABI JAMRAH OLEH FADHILAH SYEIKH MUHAMMAD IBRAHIM ABD BA’ITH AL-KITTANI AL-HUSAINI.
2. UCAPAN TENAGA PENGAJAR DAURAH SAIFIYYAH
I. FADHILAH SYEIKH JAMAL FAROUQ AD-DAQAQ AL-HASANI
II. FADHILAH SYEIKH FATHI ABD RAHMAN AHMAD HIJAZI
III. FADHILAH SYEIKH TOHA HIBISYI
IV. FADHILAH DR. ABDULLAH RABI’
V. FADHILAH DR. AHMAD MAMDUH
3. UCAPAN TETAMU JEMPUTAN
I. FADHILAH SYEIKH AMRU WIRRDANI ( Darul Ifta’ Misriyyah )
II. FADHILAH USAMAH MAHMUD SAYYID AL-AZHARI
III. WAKIL KULIAH USULUDDIN UNIV. AL-AZHAR, KAHERAH
ANJURAN : PEJABAT PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR KEDAH TIMUR TENGAH MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA KEDAH (MKKK) DI BAWAH BIMBINGAN MASYAIKH AL-AZHAR ASY-SYARIF.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan