PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Sabtu, 30 Oktober 2010

Penawar Hati/Hadis Ke-4

Merampas Sebilah Kayu Miswak Boleh Membawa Padah.




 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Mafhum Hadis:

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa'labah al Harithsi RA. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "sesiapa yang mengambil hak milik seseorang islam dengan sumpahnya ( mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki bertanya 'Kalau hanya barang yang sangat sedikit, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab. Walaupun hanya setangkai kayu arak. (kayu yang digunakan untuk bersiwak)

H-R Muslim.

Dalam sebuah hadir lain riwayat daripada Umar dgn Khattab RA beliau berkata;


"Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah SAW datang dan menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata: si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid. Sehingga akhirnya mereka meyebut nama seorang laki2 lalu mereka berkata: si fulan itu juga mati syahid. Lalu nabi SAW bersabda. Tidak sama sekali tidak. Fulan itu aku lihat dimasukkan di dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi) sehelai baju daripada harta pampasan.


KETERANGAN

Islam melarang sesiapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut kerana islam amat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia memulangkan dengan segera walaupun barang itu hanyalah sedikit. Jika disabitkan dengan hadis yang saya datangkan sebentar tadi, seseorang boleh dimasukkan ke dalam neraka akibat daripada mengambil sebatang kayu miswak sahaja, apabila ia dianggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal dari tuan barang tersebut.


0leh itu, hendaklah kita berhati2 kalau kita bermuamalah dengan orang lagi, dan hendaklah kita menjauhi harta2 yang haram dan janganlah kita melakukan sebarang kezaliman kerana setiap kezaliman itu membawa kepada kebinasaan yang sangat besar sekali.


Bagaimana pula dengan masalah menggelapkan harta sesuatu kunpulan, jemaah, rakyat, pertubuhan, atau negara yang di istilahkan pada masa sekarang ini dengan perkataan "korupsi" adalah suatu amalan yang terkutuk dan dosa yang sangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya selembar baju sahaja. Hadis yang didatangkan tadi itu adalah merupakan satu amaran yang keras dan peringatan yang tegas agar seseorang yang khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan keatasnya. Tindakan lepas itu akan diambil sekalipun keatas seseorang yang telah gugur di medan perang dengan badan yang berlumuran darah, yang telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pegawai biasa yang tidak begitu bermakna dan besar khidmat dan pengorbanannya kepada islam.


Dengan ini, di akhir kalam ini, saya menyeru kepada diri saya, dan sahabat pembaca, dan sahabat2 yang terlibat di dalam organisasi persatuan, pekerjaan dan politik agar dapat mengambil cakna dalam masalah yang berkaitan dengan hak milik orang lain. Dan juga, saya doakan agar kita semua tidak terlibat di dalam jenayah yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW sebentar tadi.
Wallah a'lam.


(Sekadar hiasan)


Lokasi: Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف