Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Alhamdulillah bagi raja segala raja iaitu Allah azza wa jalla. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw., juga kepada ahlul baitnya serta sahabatnya.
Alhamdulillah sekali lagi kepada tuhan dengan limpah kurnianya memberikan masa untuk menambahkan lagi catitan baru pada ruangan blog saya ini. Walaupun sudah 4 hari suntuk tidak bertemu dengan makanan asasi masih lagi dapat meluangkan sedikit masa.
Pada pagi kelmarin saya bersama saudara Fadli ke imigresen kerana visa sudah mati erti kata lain sudah menjadi pendatang. Walaupun setelah berkali2 kami di''bukrah''kan (yang bermaksud esok iaitu perkataan yang sering digunakan oleh masyarakat arab apabila malas untuk berurusan ) akhirnya selesai juga, walaupun pada pagi kelmarin kami mengagak perkataan yang sama yang akan didengar.
Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan semangat yang diberikan, Allah membuka jalan penyelesaian.
Saya doakan agar sahabat2 yang masih 0TW berurusan agar dimudahkan segala urusan.
Akhir kalam, suka untuk saya mendatangkan satu mafhum dari kalam baginda saw. di dalam hadis musalsal;
"Seorang hamba itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah ia beriman dengan Qadar, samada yang baik atau yang buruk, manis atau pahit"
(au kama qol)
Cyber Bey, Gharbiah City, Egyp.
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan