PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Selasa, 29 November 2011

Hukum Qasar Solat Ketika Musafir pendapat imam 4 mazhab

29 November 2011 | 4 Muharram 1433 6.51am gmt+2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasihani.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kepada tuhan kerana masih diberi nikmat buatku di pagi yang mulia ini, Selawat dan salam keatas Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, dan keluarganya dan sahabatnya.

Amma ba'd.

Soalan : Apakah Hukum Qosarkan solat.?

Wajib : Ini pendapat  Sayyidina Umar, Sayyidina Ali,  Ibnu mas'ud, Ibnu 'Abbas ibnu 'Umar dan sayyidina Jabir r.anhum. Dan Mazhab Hanafiah (hanafi) juga berpendapat bahawa solat qasar ketika musafir adalah wajib. kecuali orang yang musafir itu menjadi makmum orang yang solat sempurna 4 rakaat, maka dia juga wajib sepurnakan 4 rakaat.

Sunat Muakkad (dituntut) : Ini adalah pendapat Mazhab Malikiyah (maliki) dengan mengatakan ia sunnat muakkad iaitu sunat yang dituntut untuk mengerjakan. dan juga dituntut untuk berjemaah.


Harus dan afdal Solat 4 rakaat : Ini adalah daripada pendapat imam Muhammad bin Idris Asysyafie (syafie) R.a. dan juga pendapat imam Ahmad bin Hambal (hambali).

Semua Ijtihad para fuqaha' 4 mazhab berselisih pada ayat 101 surah annisa'.  dan pada hadis Sayyidina Anas bin Malik ra. DLL...

*_* Penting : Segala pendapat yang dikeluarkan oleh Fuqaha terikat dengan syarat iaitu perlulah musafir yang panjang (bg mazhab Syafie ra 2 marhalah iaitu lebih kurang 85 KM)  dan perlulah pada musafir yang diharuskan syara'.



*_* Bagi makmum yang mengikuti imam orang tempatan tidak dibolehkan qasar melainkan menyempurnakan solatnya dengan 4 rakaat jua.

*_* Hanya dibolehkan qasar solat yang  4 rakaat sahaja iaitu zohor, asar, isyak.. Solat maghrib dan subuh dilarang sama sekali :-)



Rujukan buku فتاوى شرعية معاصرة. mukasurat 204 cetakan DarulHadis Alqaherah.karangan Al-ustaz, Doktor Syeikh Muhammad Ibrahim Alhifnawi, Pensyarah dan ketua bahagian UsulFikh Jabatan Syariah dan Undang2 Universiti Alazhar (UACT).

>>  psssssssssst.. Sekadar perkongsian sahaja..Padahal semua oqang dah tau dah benda ni, saja tulis, xdak modai nak menulis pagi2 ni.

pEaCe :-)

Cindybad,Cyberbey,WesternCity,Egypt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف