PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kosmo Fitnah Assyahid

Langkawi 29 Okt 12.15 a.m | Persatuan Mahasiswa Kedah darul Aman (PERSADA  kedah)  menggesa akhbar Kosmo!  supaya menarik semula kenyataan yang mendakwa bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali  Ibrahim Libya sebagai sesat. Setiausaha Agong PERSADA Kedah , Mohd Al-hafiz  Adnan mendakwa bahawa  kenyataan akhbar kosmo!  yang diterbitkan pada Isnin 26 oktober lalu merupakan satu kenyataan fitnah dan tidak benar.
Mewakili PERSADA,beliau  mengecam  tomahan tersebut dan meminta agar  pihak Kosmo!  memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut.
“Perkara tersebut sudah lama selesai dan tidak perlu di bangkitkan apatah lagi memfitnahnya sebagai sesat..”
“Majlis fatwa Negeri Kedah sendiri  pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang meninggal dalam tragedi Memali adalah tidak sesat dan  meninggal sebagai seorang syuhada atau mati syahid “ –Ujarnya lagi.
Berikutan itu,beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Kedah Universiti Malaya(PERMADAH UM)  akan membincangkan perkara susulan berkaitan ini dan kemungkinan besar akan menyarankan pihak yang terlibat dengan peristiwa tersebut (ahli keluarga mangsa) mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Kosmo!.
Kes ini tidak pernah dibicarakan di mahkamah walaupun sudah beberapa kali tuntutan fail terhadap peristiwa ini dilakukan.
Dalam peristiwa Memali,Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terbunuh dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak polis pada 19 November 1985 yang dinamakan operasi Hapus pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Dalam operasi tersebut ,berlaku  pertempuran di antara penduduk Kampung Memali dengan anggota polis yang  telah mengorbankan seramai 18 jiwa  manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.

copyright of http://mahasiswakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف