Gambar terakhir (family) bersama mama
Pada pagi yang dingin ini, suasana rumah Kedah 3, Haiyu Sabeik semakin sunyi sepi kerana sudah ramai kawan-kawan aku yang telah beradu ditempat masing-masing kerana kepenatan kekuliah, bunyi hon kereta yang selalu lalu-lalang dihadapan asrama aku pun semakin sunyi, ditambah pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa, badanku sedikit kesejukan kerana hendak masuk musim sejuk tidak lama lagi. Aku tengok dibahagian atas, kanan skrin henfon Nokia 6630 aku jam menunjukkan pukul 12.15 minit pagi bagi waktu Mesir (GMT +2), kalau waktu Malaysia aku rasa lebih kurang pukul 6.15 pagi.
Tiba-tiba hatiku terdetik untuk mengarang sesuatu pada blog aku kerana hampir sebulan aku tidak mengupdatenya. Lalu aku teringat akan keayuan wajah mamaku. Pejam celik pejam celik dah hampir genap setahun mama meniggalkan aku dan keluarga. Aku rasa baru sebulan sahaja aku bertemu dengan mama. Emmmm.. ini mungkin sekali kehendak ilahi dan dia (allah) lebih menyayanginya. Aku sebagai hambanyanya perlu redha, dan berserah bulat-bulat kepadanya tanpa rasa tidak puas hati diatas ketentuannya. Aku yakin sekali tentu ada hikmah disebalik kejadian yang ditentukan.
Aku dapat mesej daripada abah minnggu lepas, katanya nak buat kenduri arwah kat rumah untuk almarhumah mama pada hari sabtu ni, moga-moga jadi la apa yang dirancang. Aku sedih sikit la sebab tak dapat hadir sekali pada hari majlis tu, tapi tak pa la aku boleh buat tahlil kat sini ja, yang penting pahala tu sampai kat mama terus. Kalau diikutkan akal aku yang lebih dekat dengan jasad bonda berbanding dengan keluarga kat malaysia tu yang boleh coover sikit kesedihan aku tu.
Emmm...
Aku berharap, aku dapat jumpa mama lagi selepas ni walaupun didalam mimpi dulu sebelum ke alam lain, sepertimana yang aku selalu berdoa selepas sembahyang dan ketika bertawassul dekat maqam-maqam wali, imam-imam besar empat mazhab dan para sahabat Rasulullah S.A.W di bumi barokah ni.
Selain dari tu, aku juga berdoa dan berharap mama dapat bersama-sama para anbiya' dan auliya' disana. amin. Sebelum itu marilah sama-sama kita bacakan ummul furqan kepada almarhumah mama dan saudara-saudara islam kita yang telah meninggalkan kita. Alfatihah.
,بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
,الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
,الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
,مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
,إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ
.غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Ibu,
Kau disiram bayu pagi,
Kehilangan terasa kini, dan kesepian,
dan aku bagai purnama gerhana,
Di ibarat lautan kering,
Tiada tempat ku layarkan,
Hasratku ini,
Masih belum sempat,
Kubuktikannya kepadamu,
Ibu tersayang,
Kucurahkan rasa hati,
Ku tatapi potret mu berulang kali,
Kurenungkan kalimah yang diberi,
Tuhan Yang Esa,
Ampuni dosa ibu,
Tempatkan mereka,
Di antara kekasih kekasihMu,
Oh! Ibu,
Kau kasih sejati,
Kutaburkan doa,
Untukmu ibu,
Ampunilah dosaku,
Sejak ku dilahirkan,
Hingga akhir hayatmu,
Saat ini,
Kuteruskan hidup,
Tanpa bersamamu ibu.
SEGALA JASAMU AKAN TETAP KU KENANG SELAMANYA, UHIBBUKI YA UMMI
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
3 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan