- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah kerana di waktu cuti semestar ini, aku bersama rakan-rakan dapat mengikuti kelas Daurah Tafaqquh Fiddin yang dianjurkan oleh pihak MKKK sehingga kemuncak majlis walaupun aku agak sibuk sedikit dengan tugas yang di amanahkan oleh abang-abang untuk menjadi AJK jualan kitab-kitab karangan Syeikh Nouruddin Albanjari Almakki.
Kelas Tafaqquh Fiddin ini bermula pada 17 Februari 2010 hingga 3 mac 2010. Sepanjang pengajian ini, syeikh sempat mendiskulasikan beberapa buah kitab karangan beliau sendiri, antaranya Tahzib Mushkat, Adab Mufrod, Manaqib Al Imam Syafie, Manaqib Al Imam Abu Hanifah Nuqman, Adab Musofahah, dan beberapa buah kitab lagi, diantara kitab-kitab yang sempat dikhatamkan bersama memberikan sanadnya ialah kitab Adab Mufrad, Manaqib Al Imam Abu Hanifah Nuqman r.a, dan kitab Adab Musofahah.
Di sepanjang pengajian juga syeikh juga banyak menegur dan memberi nasihat kepada bakal-bakal azhari pada suatu hari nanti In Sya Allah, kebanyakan daripada tegurannya berkaitan dengan adab dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa al azhar dan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Disamping itu, syeikh juga banyak menceritakan kisah-kisah auliya' dan kisah-kisahnya pada zaman dahulu. Jika hendak dicatat di dalam buku rasanya cukup banyak selingan yang diselit sepanjang kelasnya bersama kami.
Hari ini merupakan hari terakhir kami bersamanya, kelas terakhirnya pada hari ini bermula pada lebih kurang jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja kerana syeikh akan berangkat pulang ke Indonesia pada hari ini pada jam 11-30 pagi di Mator Adim,Cairo. Dewan Attasamuh Wal Iqha pada pagi tadi dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi kerana tidak mahu ketinggalan daripada mengikuti kelas terakhir bersama syeikh disamping mengambil peluang bersalam-salaman bersama syeikh dan isteri sebelum beliau berangkat ke tanah air.
Pada hari ini juga aku dan beberapa AJK jualan bersama Exco MKKK pada hari ini berpeluang mengikuti menghantar syeikh ke Lapangan Terbang Lama Cairo. Kami bersama syeikh di lapangan terbang lebih kurang lima minit sahaja kerana masa begitu sempit dan tidak mengizinkan. Sebelum syeikh masuk ke dalam kapal terbang kami berkesampatan bersalam-salaman dan memeluk syeikh disamping mengucapkan terima kasih dan memohon syeikh mendoakan untuk kami di sini. ''Semoga syeikh bersama keluarga sampai dengan selamat di tanah air dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah temukan kita lagi pada daurah pada bulan Ramadhan akan datang. Syukron Ya Syeikh''.
~GAMBAR KENANG-KENANGAN DAURAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH NURUDDIN MARBU ALBANJARI~
Syeikh Nurouddin Marbu Albanjari Almakki
Para exco MKKK
Para murid menunggu
syeikh dari luar rumah kedah
Para murid bersalaman dengan
syeikh sebelum beliau bertolak ke mator
Mengambil peluang
bersalaman dan memeluk syeikh
Detik-detik terakhir syeikh kelihatan.
Bergambar bersama sebelum pulang
Dalam perjalanan pulang dari menghantar syeikh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan