Segala puji dan puja hanya hanya layak bagi tuhan kerana dengan inayahnya memberikan nikmat iman dan islam kepada kita pada hari ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, alinya, para sahabatnya dan para pengikutnya sehingga hari qiamat.
Sabda Rosulullah s.a.w yang bermaksud: Ketahuilah!!! Sesungguhnya di dalam badan seseurang itu ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh anggota badannya, jika dia rosak maka rosaklah maka rosaklah seluruh anggota badan, daging itulah yang dinamakan hati.
Amma ba'd.
Hati manusia adalah merupakan tempat pandangan Allah, ia juga merupakan tempat semaian iman, tempat bertunas dan bercambah ke seluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah dibentuk di dalam hati. Hati manusia juga merupakan tempat yang telah dipilih oleh Allah s.w.t sebagai wadah atau bekas kepada fitrah, akal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari yang baik akan sentiasa jujur dan benar berbanding hati yang rosak.
Selain itu, hati manusia juga merupakan raja bagi seluruh anggota badan. Dialah yang mengawal segala tindak baik buruk seseorang. Maka, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggota, jika hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota sepertimana mafhum hadis Rosulullah s.a.w yang saya sebut sebentar tadi. Oleh itu, hati yang baik akan menyuruh anggota badannya membuat kebaikan sebaliknya hati yang rosak itu akan menyuruh anggota badan membuat kerosakan dan kemaksiatan.
Akan tetapi, pada permulaan, hati setiap manusia adalah baik kerana hati manusia telah diciptakan oleh Allah s.w.t menerusi fitrah manusia yang semulajadi yang meminati dan mencintai setiap sesuatu yang baik dan membeci setiap sesuatu yang buruk. Maka diatas dasar inilah diletakkan dasar hukum taklifi atau hukum-hukum syara' keatas manusia dengan mengutuskan para rasul untuk membimbing manusia kearah kebaikan berdasarkan kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pegangan dan panduan di dunia ini dan untuk menjamin kebahagiaan di akhirat pada suatu hari nanti. Jika manusia berpegang dan mengikut panduan yang ditunjukkan oleh para rasul mereka akan dapat mencapai keredhaan Allah dan sekaligus dapat menghindar daripada jalan kesesatan yang dimurkai oleh Allah s.w.t.
''Sesunguhnya seorang hamba apabila ia melakukan sesuatu kesalahan maka akan diguriskan di dalam hatinya satu titik hitam, jika ia menarik diri didalam kemaksiatan itu dan terus memohon ampun dan bertaubat hatinya kan kembali suci. Tetapi jika ia kembali melakukan kesalahan , maka titk hitam itu akan bertambah sehingga sampai titik hitam itu memenuhi diatas permukaan hatinya. Inilah yang dinamakan Ar-raan ataupun karat.'' h.r tirmidzi
Cuba kita renungkan, betapa besar perhatian kita kepada tubuh badan yang kasar ini walaupun ia hanya dihinggapi sedikit penyakit, kita mesti akan bersegera merawatnya kerana takut akan terpisah dari kelazatan dan kebahagian dunia. Maka betapa kita tidak mengambil berat tentang benyakit hati yang bukan sahaja akan terpisah dari kelazatan dunia yang sementara itu sahaja, malahan ia juga akan menyebabkan terpisah dari nikmat kelazatan syurga yang kekal abadi. Sudah pastilah jika seseorang yang terpisah dari nikmat syurga itu, ia akan dilemparkan kedalam api neraka Allah yang sangat dahsyat. Nauzu billahi min zalik.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriksa hati kita masing-masing. Adakah ia sihat, atau berpenyakit. Cubalah kita menepuk dada kita masing-masing dan bertanya sejauh manakah ketaatan kita kepada Allah dan sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat nanti sepertimana kita merancang untuk menghadapi hari tua kita yang akan datang. Maka bersiap sedialah sebelum terlambat , bertaubatkah selagi pintu taubat masih terbuka dan sama-samalah kita mengubati hati-hati kita dengan memperbanyakkan zikir, membaca alquran, tolong menolong, berselawat dan pelbagai-bagai lagi amalan sunnat yang telah diajar oleh rosulullah s.a.w melalui alquran dan sunnah-sunnah beliau.
Wallahu A'lam.
cyber bey
Tiada ulasan:
Catat Ulasan