PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Ahad, 2 Mei 2010

Perjalanan hidupku/Qaherah Lagi

               بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah, dialah yang maha pemurah lagi maha pengasihani, tiada pencipta setanding dengannya. Segala puji juga kepadanya, kerana pada hari yang mulia ini, kita masih lagi dapat melihat alam semestar yang indah ini. Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita, semoga kita dapat berada dibawah syafaatnya suatu hari ninti. In Sya Allah.

Amma ba'd

Walaupun dalam kesibukan yang begini , aku masih dapat ke Cairo untuk menziarahi sahabat kerana dihati ini telah timbul peasaan rindu. Disamping itu, aku juga becadang untuk ke Masjid Al Imam Hussain Radhiallahuanhu untuk mengulang alquran kerana sudah lupa ayat-ayat yang telah aku hafal pada pemulaan berada ditanah berkat ini, tambahan pula peperiksaan Syafawi akan bemula pada 15 mei ini. Disamping itu aku juga dapat mengambil keberkatan dengan menziarahi maqam beliau kerana ramai diantara para ulama pernah datang ke sini, tambahan pula beliau merupakan ahli keluarga Rosulullah terhampit di bumi mesir ini.

Masjid AlAzhar bersebelahan dengan masjid Hussin


Selain dari itu Majlis MKKK pun telah banyak mengatur jadual pengajian bersama syeikh-syeikh azhar temasuk juga dengan ahli bait asullah S.A.W. iaitu syeikh Saad Said Jawish dan Syeikh Ashraf alhusaini. Disamping itu, pihak exco juga mengadakan pengajian kitab Nihayatussul syarahan imam Baidowi r.a. daripada matan asalnya Minhajulwusul yang dikarang  oleh imam Isnawi r.a yang disampaikan oleh Ust Aqli mahasiswa PHD Al Azhar dan juga bekas pensyarah KUIN.

Walau banyak mana pengajian sekalipun disini aku tidak boleh lama berada di bumi Cairo ini kerana pengajian kuliah di Tonto hampir tamat dan juga disebabkan dengan peperiksaan semester kedua yang akan belangsung tidak beapa hari lagi

Aku berharap perjalanan hidupku di Cairo ini bukan sekadar hanya untuk berjalan-jalan dan berfoya-foya sahaja, malahan juga demi taabud kepada Allah dan mengejar keberkatan ulama sebagai orang awam yang tidak mampu untuk melakukan kebaikan sepenuhnya. Aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku dibumi yang terkenal dengan kisah nabi Yusoff a.s dan nabi Musa a.s. 
In Sya Allah.

~Alfaqir ilallah Mohd Azhar Almabawi~
  Fakulti Syariah Walqonun AlAzhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف