بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah, Segala puji dan puja selainnya, tiada tuhan yang patut disembah selainnya, dialah tuhan yang esa tidak dianakkan dan tidak diperanakkan. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita (nabi Muhammad s.a.w) juga buat keluarganya, sahabatnya dan para penyampai risalahnya sehinggas hari qiamat.
Amma ba'd,
Keadaan semakin sibuk buat masa sekarang, saban hari aku menghitung hari kerana khuatiri hari imtihan yang semakin dekat. Hanya tuhan sahaja yang memahaminya. Antara madah-madah yang akan aku hadapi ialah Fikh Syafie, Fikh Muqarran,tauhid,Qadaya Muasarah (perubatan masa kini) ,Quran, dan Usul fiqh. Keadaan semakin runsing kerana masih banyak mukasurat buku dan alQuran yang belum aku singkapi. Dengan masa yang ada pada selepas maghrib ini terpaksa aku mencuri sedikit bagi membuat maklumat kepada pelawat blog pendamba cintamu..... yang aku kira kemungkinan sahabat-sahabat menanti-nantikan artikel sambungan daripadaku.
Impian aku untuk menyambung risalah syeikh Abu Ali Annadwi yang bertajuk ''penawar hati'' sedikit terbantut kerana keadaan masa begitu mengejar. In Sya Allah, kemungkinan artikel ini akan dapat disambung semula selepas peperiksaan yang akan datang.
Di kesempatan ini aku memohon doa dari sahabat-sahabat agar mendoakan aku dan sahabat-sahabat seperjuangan dipermudahkan segala urusan di sini. amin
~Alfaqir ilallah Mohd Azhar Hamid Almarbawi~
~ Penuntut Universiti AlAzhar, Fakulti Syariah Walqonon~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan