Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alhamdulillah, syukur, puja dan puji hanya layak bagi Allah, tuhan sekelian makhluk. Selawat dan salam keatas junjungan besar ,kekasih kita nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, dan juga para sahabatnya.
Amma ba'd.
Hampir dua minggu aku didalam suasana bosan setelah habis dari imtihan fasa dua. Sehinggakan tak tahu apa benda yang aku hendak lakukan pada awal pagi pada tiap-tiap hari. Ini menunjukkan hidup dibumi Anbiya' ini mesti memerlukan satu jadual atau organisasi untuk amalan harian.
Emmm... Pada dua, tiga hari lepas aku ke Kaherah kerana ingin menjengok Syamir yang hendak pulang ke Malaysia. kerana kemungkinan ini kali terakhir aku dapat mencipta kenangan manis bersamanya disini, oleh sebab beliau ingin menyambung pengajiannya di Madinah Munawwarah pada masa akan datang.
Meskipun hanya tidak sampai setahun aku mengenali beliau, namun perasaan sebak untuk berpisah tetap ada didalam hati walaupun sedikit. Ini menunjukkan amat penting sifat persahabatan ataupun setiakawan walaupun dimana kita berada, terutamanya bila berada jauh dari keluarga kerana sahabat itulah akan menjadi teman kita sewaktu berada didalam kesusahan mahupun didalam kesenangan kita.
Apa-apapun yang berlaku keatas sahabat kita ini adalah ketentuan illahi. Kita hanya seorang hamba yang dhaif.. Ini menunjukkan segala pertemuan dan perpisahan adalah urusan Allah. Jika tidak siap aku, antara tujuh golongan yang terselamat dari kesusahan ketikamana tidak ada pertolongan pada hari itu ialah orang yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya semata-mata kerana Allah Taala. Semoga kita Termasuk didalam golongan itu wahai sahabat. Disamping itu aku juga mendoakan semoga dikau dipermudahkan segala urusan, di pelihara Allah selalu walaupun dimana kita berada. Segala kenangan manis dan pahit kita akan aku abadikan didalam dadaku selagi nyawa tidak berpisah dari badan. Akhir kalam aku memohon maaf segala salah dan silap samaada disengajakan dan ataupkepada keluarga tercintamu
Semoga Sampai ke Tempat Destinasi Bersama Adik Tersayang Dengan Selamat Dan Berjumpa Dengan Keluarga Tercinta.
GAMBAR KENANGAN
BTN Klang
Dalam perjalanan ke BTN Klang
KLIA
Lapangan Terbang Cairo 3
>Alfaqir Ilallah, Mohd Azhar Almarbawi<
>Penuntut Kuliah Syariah Walqonun AlAzhar Assyarif Tonto Universiti<