Alhamdulillah segala puji hanya bagi tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyidina Muhammad saw. dan ahli keluarnya serta sahabatnya dan pengikutnya sehingga qiamat.
Alhamdulillah sekali lagi kerana pada hari dapat lagi saya memenuhi ruangan catitan blog saya ini.
Kali ini saya akan ketengahkan beberapa mafhum hadis yang saya petik sendiri dari kitab yang disusun sendiri oleh Syekhuna Syeikh Nuruddin Marbu alBanjari alMakki yang bertajuk ''mereka yang berada di jalan Allah''.
Alhamdulillah, setelah selesai membaca pada 1/11/2010 yang lalu, saya rasa terpanggil untuk menaip semula mafhum hadis Rasulullah saw. di ruangan ini. Bersempena dengan bulan haji ini, Diharapkan, dapat menambahkan ilmu pengetahuan buat kita bersama.
Mengerjakan Haji Dan Umrah
1. Daripada 'Aisyah r.a berkata: Aku berkata : Wahai Rosulullah, kami kaum wanita dapati jihad adalah merupakan sebaik2 amalan, bolehkan kami berjihad?
Maka Rosulullah bersabda:
Akan tetapi sebaik2 jihad adalah haji yang mabrur.
(h.r bukhari dll)
2. Diriwayatkan daripada Khuzaimah dalam sohehnya dengan lafaz:
berkata 'Aishah r.a: aku berkata: Wahai Rosulullah, adakah dikenakan jihad kepada kaum wanita?
Baginda bersabda: Terhadap merka (wanita) jihad yang tiada peperangan dalamnya: iaitu mengerjakan ibadat haji dan umrah.
3. Dari Abi Hurairah r.a daripada Rosulullah saw bersabda:
Jihad bagi orang tua dan orang yang lemah dan orang wanita ialah mengerjakan ibadat aji dan umrah.
(h.r Nasai dgn sanad hasan)
4. Dari Hassan bin Ali r.a berkata: Telah datang seorang lelaki kepada nabi saw lalu ia berkata: Sesungguhnya aku ini seorang yang penakut dan lemah, baginda pun bersabda:
Kerjakanlah jihad yang tiada duri (rintangan) di dalamnya iaitu haji.
(h.r Tabrani dan Abd Razak)
(AU KAMA QOL)
Berbelanja menunaikan Haji.
1. Daripada Anas bin Malik r.a bersabda Rosululah saw.:
Perbelanjaan yang digunakan untuk mengerjkan haji sama seperti berbelanja di jalan Allah, satu dirham akan digandakan dengan tujuh ratus kali ganda.
(h.r Tabrani.)
2. Daripada riwayat yang lain,
Digandakan dengan Tujuh ratus kali ganda.
(h.r Ahmad,Thabrani, dan Baihaqi)
(AU KAMA QOL)
Waalah a'alam
Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan