PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 20 Januari 2011

Penawar Hati/ Hadis ke-7/ Mahkamah Rabbul Jalil



 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

 ألحمدلله رب العالمين. والصلاة على سيذنا حبيبينا سيدنا مولانا نبينا محمد  وعلى أله وصحبه أجمعين ومن تبعهم الى يوم الدين

أم  بعد,




Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil.


Mafhum hadis;

daripada 'Adi bin Hatim RA berkata: Rasullullah SAW bersabda, "Tidak ada seorang jua pun diantara manusia ini kecuali pada hari qiamat nanti akan dipercakapi oleh Allah swt (dihadapan mahkamah Allah). Maka pada waktu itu, tidak ada orang lain yang sanggup menjadi jurubicara antara keduanya sebagai peguam. Lalu orang yang dipercakapi oleh Allah SWT tadi akan melihat ke sebelah kanannya, maka ia tidak melihat melainkan hanya pahala kebaikan yang pernah ia lakukan ketika berada di dunia dahulu. Dan apabila ia cuba melihat ke sebelah kiri, maka ia tidak tidak dapat melihat kecuali hanya balasan perbuatan jahat yang pernah dilakukan dahulu. Kemudian bila dia melihat ke hadapan, maka dia tidak melihat kecuali hanya api neraka. Maka tanamkanjai para takut terhadap api neraka dan jauhilan siksaannya walaupun kalau kamu hanya mampu bersedekah dengan sebelah buah kurma".

H-R disepakati.


KETERANGAN;


Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya suasana di Mahkamah Allah Jalla ya 'Ala, pada hari qiamat kelak. Semua orang akan dihadapkan kepada Allah SWT, seorang demi seorang.
Tidak ada seorang jua pun yang sanggup menolong orang lain, walaupun dia adalah sahabat karibnya sewaktu dahulu, biarpun anak isterinya jua. Sebatang tubuh yang kasar dan kerdil inilah yang akan berdiri tegak dihadapan Allah Qadhi Rabbul Jalil, yang maha mengetahui segala perbuatan hambanya dan mengetahui segala rahsianya. Wahai gerangan yang bernama manusia, mampukah engkau mengangkat muka mu yang berlumuran dengan dosa di hadapan tuhanmu ketika mana tiada pembantu dan peguam bela.
Bilamana kamu menoleh ke kanan, seakan meminta pertolongan maka tiada yang ternampak kecuali hanya amalan baik yang dilakukan, dan apabila menoleh ke sebelah kiri, maka tiada yang ternampak kecuali hanya perbuatan maksiat dan dosa yang pernah engkau lakukan.
Dan yang lebih dahsyat daripada itu apabila engkau cuba mengangkat kepala mu, maka tidak ada apa2 yang ternampak kecuali hanya kemarakan api neraka yang terbentang sejauh mata memandang dan syurga masih jauh di sebalik api neraka yang menyala dengan garangnya itu.
Engkau mesti melalui dan melintasi bahagian atas api neraka tadi untuk sampai ke negeri idaman yang bernama syurga tadi. Engkau belum pasti, adalah engkau akan mendapat kejayaan untuk sampai ke sama atau entahlah engkau akan terjatuh di dalam perjalan, dimana kaki mu akan tergelincir dari titian "Siratal Mustaqim" yang mengakibatkan engkau akan terjatuh ke kurang api neraka Jahannam. Na U Zu Billah Min Zalik.





Oleh itu, dari sekarang tentukanlah arah perjalanan kita. Buatlah bekalan sebanyaknya supaya kita terselamat menyeberangi perjalanan menuju ke syurga. Buatlah kebaikan sebanyak mungkin, sedikit demi sedikit agar menjadi banyak. Sesungguhnya pada hari kita sangat berhajat kepada pahala kebaikan, walaupun hanya pahala bersedekah sebelah buah tamar sahaja. Moga2 setiap amalan2 kita walaupun kecil mampu untuk menutup keburukan yang besar. In Sya Allah.
WALLAHHU A'LAM


(Sekadar Hiasan)


Sindbad, Cyber Bey, Gharbiah City, Egypt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف