PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Khamis, 3 Februari 2011

Ya Allah Mudahkanlah Urusan Kami

Dengan Nama Allah.

Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad saw. ahli keluarganya serta sahabatnya.

In Sya Allah pada keesokan hari atau lusa, saya bersama-sama sahabat Kedah di bumi mesir ini akan bertolak ke Jeddah, Arab Saudi dahulu dengan kapal terbang tentera Malaysia Bunga Emas sebelum bertolak ke Malaysia. Didalam perancangan kami akan ditempatkan di Hotel Tabung Haji di Jeddah sebanyak-banyaknya sebulan.


Punca demontrasi

Walaupun agak sedikit kritikal, buat pengetahuan keluarga2 kami di Malaysia, buat masa sekarang kami disini masih berada dalam keadaan selamat dan cukup bekalan makanan. Kami memerlukan bekalan doa kalian.




Tahrir Square
Inilah kehebatan rakyat Mesir lokasi:Tahrir Square

Walaupun begitu kami diarahkan oleh kerajaan Malaysia & Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk keluar dari negara ini kerana bagi mengelakkan kebarangkalian daripada masalah keselamatan dan krisis makanan atau masalah-masalah lain yang akan berlaku pada masa akan datang. Walaupun terpaksa mengorbankan ribuan ringgit harta yang berbaki disini, semoga ada kebaikan hikmah dan ganjaran disisi Allah Taala.

Diharapkan kepada sahabat2 pembaca sentiasa mendoakan keselamatan kami dan dimudahkan segala urusan dengan selamat.

Ya Allah amankanlah bumi barakah ini. amiinn.




Mohd Azhar Hamid
Kuliah Syariah Undang2Universiti AlAzhar Tanta
lokasi: Asrama Darul Aman 3, Hayyu Sabeik, Cairo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف