PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Isnin, 28 Februari 2011

Baru Balik Dah Nak Kena Gi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Selawat dan salam keatas junjungan kita nabi Muhammad saw.

Semalam saya bersama beberapa rakan menghadiri perjumpaan ramah mesra bersama Menteri Besar Kedah YAB Dato' Ust Haji Azizan bin Abd Razak. Tujuan majlis tersebut diadakan kerana YAB MB ingin memberitahu kepada mahasiswa/wi dan waris2 berkaitan dengan suasana Mesir pada masa sekarang dan berhubung dengan pengajian di sana.

Di dalam ucapan tersebut YAB MB mengumumkan bahawasanya kerajaan negeri akan menanggung pembelanjaan tambang ke Cairo bagi Mahasiswa/wi yang pulang bersama Operasi Piramid yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, pihak kerajaan negeri juga sanggup untuk memberikan sumbangan RM500 kepada setiap seorang mahasiswa/wi.



 Berkaitan dengan penerbangan yang dirancang, pihak kerajaan negeri Kedah telah berjaya untuk menyewa 3 buah kapal terbang Egyp Air yang akan membawa penumpang seramai lebih 800 orang. Sepertimana yang dirancang, kami akan bertolak pada 4 penerbangan iaitu pada 5,7,8,9 haribulan Mac 2011. Dan dikumpulkan di dataran Wisma Darul Aman Alor Setar ke lapangan terbang KLIA seterusnya meneruskan penerbangan ke Cairo.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak2 yang terlibat dalam operasi menghantar mahasiswa/wi ke Mesir semula, terutamanya kerajaan negeri, Syarikat2 yang berada dibawah kerajaan negeri, NGO-NGO, dan rakyat negeri Kedah yang banyak menyumbangkan wang ringgit kepada kerajaan. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian dihari yang tiada pertolongan nanti.

Disamping itu, saya juga ingin memohon kemaafan kepada ahli keluarga dan sahabat handai kerana tidak sempat untuk berjumpa. Tidak lupa juga kepada sahabat2 pembaca blog saya yang budiman, saya memohon agar sahabat2 mendoakan perjalanan kami nanti berada didalam selamat dan dimudahkan segala urusan.


Wisma Darul Aman

TO

Kuala Lumpur International Airport

TO

Cairo International Airport


Mohd Azhar Bin Hamid.
Syariah Undang2 Tonto.
Mergong, Alor Setar, Kedah Sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف