Assalamualaikum..semoga ceria dan sihat sentiasa dihari jumaat yang mulia ini...
Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw,serta keluarganya dan sahabatnya dan pengikutnya.
MAJORITI AHLI SYURGA DAN NERAKA
Mafhumnya.
Daripada ibnu Abbas dan Imran bin Hushain radhiallahuanhum, daripada Nabi Sallahualaihiwasallam Sabdanya: Aku melihat kedalam syurga, maka aku melihat aku melihat kedalamnya kebanyakan penghuninya adalah kalangan orang2 Faqir. dan aku melihat kedalam neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan. (riwayat al-imam bukhari dan muslim)
au kama qal.
Keterangan.
Di dalam isra mi'raj telah diperlihatkan kepada nabi Muhammad saw banyak perkara2 yang ghaib, termasuk diantaranya keadaan di syurga dan neraka. Maka apabila nabi SaW masuk kedalam syurga, beliau melihat disitu kebanyakan daripada penghuninya daripada ahli Faqir, ini kerana keadaan semasa mereka didunia dahulu banyak berpeluang untuk melakukan amal ibadat, lainlah halnya dengan orang yang kaya yang sibuk dengan menghimpun kekayaan dunia dan sibuk menjaga harta yang diperolehi, mereka menghabiskan masa dengan mengejar dunia yang diangan angankan, sehingga mereka dikejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat. Maka, mereka akan menyesal disaat yang tidak berguna lagi penyesalan.
ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنه وقنا عذاب النار
Dan apabila Nabi SAW melawat kedalam neraka pula, maka beliau melihat kebanyakan ahlinya daripada wanita. Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami. Mereka tidak berterima kasih diatas pemberian suami dan tidak menjaga diri disaat suami tiada ada dirumah. dan tidak menutup aurat dihadapan yang bukan mahram dan ramai pula yang memakai pelbagai2 solekan, hiasan, wangi wangian ketika keluar dari rumah sedangkan bila bersama suaminya dia memakai pakaian yang buruk dan badan berbau busuk, inilah diantara sebab2 yang menyebabkan ramai perempuan yang masuk kedalam neraka.
Oleh itu, marilah sama2 kita memelihara diri kita dan keluarga kita dari api neraka. dan semoga kita digolongkan bersama ahli syurga yang kekal abadi didalamnya. In Sya Allah.
Sama2lah kita mohon agar kita dan saudara-mara kita tidak tergolong didalam golongan ini..Nauzubillah mni Zalik.
pEaCe :-)
Cindybad, CyberBey, Western City, Egypt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan