PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Sabtu, 8 Oktober 2011

MYBroadband

Bismillah.

Assalamaualaikum WBT.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW serta keluarganya sahabatnya dan para pejuang yang mengikuti perjuangan mereka semua.

Apa khabar sahabat2 yang terbuka blog aku ni.
>>nampak sangat tak ada orang nak jenguk blog aku ni hihi.


Alhamdulillah, setelah lama tidak ada internet akibat kerosakan access point di kedai internet akhirnya aku mengambil jalan lain dengan menggunakan broadband .

Setelah semalam aku dibukrahkan, selepas Jumaat tadi pula aku ke Syarikat Vodafone untuk mendapatkan khidmat mereka. Alhamdulillah dimudahkan.

Walaupun guna broadband ini tidak selaju macam guna cable, ok la. bak pepatah orang kaki2 online " slow tak pa jangan tak dak langsung". pun boley. =))

Senang sikit nak call MAMA and PAPA aku. yaka. mama dgn papa ja ka?

Alhamdulillah...semuanya...Muka manyak syenyum :-)

Vodafone...ok kot

Jiwang gak la sikit2

Connect selalu

Sindbad, Cyber Bey, Western City.

Jumaat, 2 September 2011

Raya dan Preksa

salam sejahtera dan rahmatnya.

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas sayyidina Muhammad saw, dan keluarganya dan sahabatnya.

Amma ba'd

Alhamdulillah, aku bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat sekali aku bersama sahabat2 melalui aidilfitri di bumi barakah ini walaupun tidak diberi kesempatan untuk beraya bersama2 keluarga di tanah air tercinta. Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi memeriahkan hariraya kali ini, terutama buat team Tsaqif fc, Yess Fc dan Budak Filem Egyp, semoga mendapat keberkatan daripadanya.

Alhamdulillah jua buat tuhan sekalian alam kerana memberi kejayaan untuk terus melangkah ketahun seterusnya di UACT. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada abah, mak dan keluarga di tanah air khasnya, dan teman istimewaku dan kawan2 yang mendoakan kejayaan. Terima kasih jua buat sahabat2 yang sudi memberi tunjuk ajar kepada aku terutamanya Hakimi, Hanif, Arudh, Mat Areh, Abdul Hamid, Fadli dan Najib, dan semoga allah memberkati kalian. Tahniah kepada yang berjaya dan good luck kepada yang akan berjaya, in sya Allah ada hikmah disebalik peraturannya.

Macam sedih pun ada ayat2 aku ni, whatever ja la, yang penting orang baca paham. =))=))

May Allah bless you all khasnya buat pembaca yang sudi melayan penulisan aku yang skema lagi sezen ni...ada ka orang nak baca aku punya ni :-)

Sori, gambaq raya xde, xlarat nk upload guna henset sebab line internet kat rumah jahanam.

*Disebalik percaturan Allah itu lebih hebat dari percaturan makhluknya. Pkpkkan, selamat beramal.


Sindbed, Cyber Bey, Western City.

Isnin, 15 Ogos 2011

Tafaqquh Fiddin


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah hanya layak bagi robbuljal, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam serta puji buat junjungan besar AlImam bagi semua umat nabi Muhammad SAW serta keluarnya dan sahabatnya serta sahabatnya dan pengikut mereka sehingga hari qiamat.

Alhamdulillah di bulan yang mulia ini, diberi peluang Allah, dapat sekali lagi saya mengikuti pengajian Tafaqquh Fiddin bersama AlAllamah Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari AlMakki. Majlis tersebut berlangsung  pada 1 ramadhan hingga 13 ramadhan 1432 di Dewan Attasamuh Wal iqa, Asrama Darulaman, District 7, Madinah Nasr. Seramai seribu orang lebih mahasiswa dan mahasiswi merebut peluang menuntut ilmu dengan AlAllamah Syeikh.

Di pengajian kali ini AlAllamah Syeikh sempat mengkhatam kitab kisah riwayat hidup imam Syafie, Mujarrobat Almakki, Dan Ihatoh (bab haid, nifas, Istihadhoh) dan kitab2 yang tidak sempat dikhatamkan, in Sya Allah akan bersambung pada pertemuan yang akan datang iaitu pada bulan Rabiulawwal yang akan datang.

Alhamdulillah banyak ilmu baru yang sempat diambil daripada beliau, semoga mendapat rahmat dan maghfirah di pertengahan ramadhan ini. Amin.

Pada hari ini 14 ramadhan FadhilatusSyeikh  mengadakan majlis penutup  pada jam 12.30 tgh hari dan akan bertolak pulang ke tanah air Indonesia  lebih kurang jam  5 petang . Semoga Alallamah Syeikh dimudahkan segala urusan dan selamat dalam perjalanan pulang untuk bertemu isteri2 dan anak2 kesayangan beliau langsung meneruskan dakwah beliau kepada masyarakat . 


 ''SESUNGGUHNYA DIPERTENGAHAN RAMADHAN ADA KEAMPUNAN''

Semoga kita semua mendapat keampunannya. Amatlah rugi bagi seseorang yang tidak mendapat keampunan di bulan Ramadhan.


Pertemuan daurah 2010 yang lalu


Tingkat 4,Asrama DarulAman, District 7, Nasr City,Cairo.

Khamis, 28 Julai 2011

RUmah tak ada internet.

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarganya dan sahabatnya.

Banyak aktiviti yang tidak sempat aku update didalam blog aku ni kerana line internet dirumah bermasalah sejak peperiksaan yang lalu, kadang2 tension pun ada, sebab susah nak call Family kat Malaysia ditambah pula dengan bosan pada hari2 tertentu.

Sekarang masih menunggu sahabat2yang akan pulang ke Malaysia sebelum tutrun ke Cairo untuk mengikuti daurah bersama AlAllamahSyeikh Nuruddin Marbu Albanjari di Asrama darulaman 3 pada 31 julai ini.

Disamping menyambut ramadhan yang mulia ini yang akan berlangsung pada 1 ogos 2011 in sya Allah. Semoga dimudahkan segala urusan.


Apa2 pun alhamdulillah.

Acsess point TP LINK- punca masalah. huh


Imarah Malaysia, Cyber Bey Gowwah, Gharbiah City

Khamis, 2 Jun 2011

Semakin hampir

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Segala puja hanya untuk allah, selawat dan salam keatas rasulnya serata keluarga dan sahabatnya ajmain.

''bertolong-tolonglah kepada kebaikan dan jangan bertolong-tolong ke arah dosa dan permusuhan''

amma ba'd.

>>Alhamdulillah, akhirnya sudah keluar jadual peperiksaan kuliah syariah undang2 islam untuk fasa ini.
 
>>Akan berlansung pada 18 jun hingga 13 julai 2011.

>>Mohon agar sahabat2 mendoakan kejayaan saya dan dimudahkan segala urusan.

>>Kepada sahabat2 yang turut sama akan menduduki peperiksaan, saya doakan agar kalian berjaya juga.

>>Dengan ucapan, selamat menghadapi peperiksaan, semoga kita berjaya belaka, bittaufiq.


Meja sudah pun disusun, masih antik

Berhampiran dengan dewan kuliah, dewan 13

Jadual exam, tidak berapa jelas

>> Kena berenti la, main internet ni,ada masa lepas exam nanti update lagi.

>>Semoga selamat2 belaka.

>>Doakan kejayaan saya.


 darulamanhouse, sindbad, cyber bey, gharbiah.
ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف