PërjälänlänHïdüpkü

TENTANG AKU $ MEREKA
悲しいことしないでください!, 確かに、神は私たちとは
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Rabu, 7 Julai 2010

Penawar Hati/Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya memberikan kita kebahagian hidup di dunia ini walaupun hanya seketika, selawat dan salam juga buat junjungan besar nabi Muhammad saw, juga buat ahli keluarganya, serta pengikutnya sehingga hari Qiamat. amin.

Alhamdulillah juga, kini dapat saya meluangkan sedikit masa buat pelawat blog pendamba cintamu terutamanya buat Abang cik yang selalu sudi membaca kisah hidup saya di bumi barakah ini. Pada masa yang sama juga, saya dapat menyambung semula muqaddimah daripada buku penawar hati karangan  Alfadhil Syeikh Abu Ali Albanjari AnNadwi yang sudah sekian lama saya meninggalkannya. Pada hari ini saya mengambil masa yang sedikit supaya dapat mengolah dan mengedit semula ayat-ayat karangan syeikh, disamping memberi peringatan buat saya dan anda semua sebagai khalifah dimukabumi ini. In Sya Alllah.


Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab
Hadis Pertama: (Mafhum daripada hadis Soheh)

Daripada Abu Barzah Nadlah Bin 'Ubaid AlAslami r.a berkata, bersabda Rosulullah s.a.w: Tidak akan berganjaki kaki seseorang hamba dihadapan Allah Taala pada hari Qiamat sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan tentang ilmunya, untuk apa ia menggunakannya dan ditanya tentang hartanya dari mana dia memperolehinya dan untuk apa ia belanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya untuk apa ia menggunakannya (H.R Tirmidzi)

Keterangan:

Rasanya susah sekali soalan diatas untuk dijawab. Pertamanya tentang umur kita, kemanakah kita pergi pada umur kita yang semakin hari semakin tua ini, adakah ketempat kebaikan atau sebaliknya dan apa amalan yang kita buat pada umur itu dan untuk apa yang kita habiskan adakah untuk islam? keduanya tentang ilmu yang kita tuntuti, adakah kita gunakan untuk mengislah masyarakat ataupun keluarga dari kegelapan kepada cahaya atau kita hanya mengunakannya hanya untuk mengejar harta dan popuriti mahupun hanya supaya dipuji-puji oleh masyarakat. Soalan ketiga tentang harta, dari mana diperolehi adakah dari sumber halal atau haram seperti rasuah, judi, mencuri, menipu dan sebagainya dan adakah harta itu digunakan untuk kebaikan seperti menolong parti islam, menderma, bersedekah ataupun memberi nafkah kepada ahli silaturrahim mahupun menolong saudara mara yang didalam kesusahan. Terakhir sekali akan ditanya juga  tentang  tubuh badannya yang diberikan oleh Taala, adakah digunakan tubuh ini dijalan kebaikan seperti  memberi khidmat kepada agama, masyarakat dan juga adakah ia digunakan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah semata-mata. Adakah juga ia digunakan untuk jalan maksiat seperti menentang islam, zina, merompak, pergi ketempat maksiat seperti pup,disko,kedai nombor ekor dan sebagainya dan juga mahupun ia hanya menyokong pemerintah yang menentang islam?

Namun pada hari itu, segala pertanyaan itu mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar. kita pasti akan berkata benar pada hari itu Tidak akan ada seorang pun pada hari itu akan berani berdusta dihadapan Allah. Jikalau mulut cuba mendusta maka mulut akan dikunci olah Allah taala dan mengarahkan anggota badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki tangn akan dan seluruh anggota bada yang lain akan menjawabnya dan mengakui dengan sebenar-benarnya segala apa yang dilakukan pada didunia dahulu sepertimana Mafhum dari firman allah taala pada surah Yaasin ayat 65 yang berbunyi:

''Pada hari ini kami menutup mulut-mulut mereka dan berkatalah kepada kami tangan-tangan mereka dihadapan kami dan bersaksi kaki-kaki mereka terhadap apa yang mereka telah lakukkan didunia dahulu''

Maka sudahkah kita bermuhasabah wahai saudaraku, dan sudahkah kita menghitungkan diri sebelum diperhitungkan dihadapan Allah Taala pada hari kelak, kalau telah kita lakukan, maka teruskanlah dan bersyukurlah. Kalau masih belum berbuatlah demikian sebelum ianya terlambat.

Darimana ia dierelahi dan untuk apa ia digunakan?
Untuk apa dipelajari? adakah untuk dunia sahaja?
Diusia yang senja, bagaimanakah digunakan anggota badannya ketiga usia muda? adakah untuk kebaikan?



cyber bey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ampuni kami

Update terbaru Followers saya.

Aku sedang berusaha untuk mengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat belajar syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...in sya Allah.
©2008
خديم طلبة العلم الشريف