Alhamdulillah. dialah awal, dialah akhir, yang memberikan kita nikmat kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah tanpa kita sedari. Selawat dan salam keatas junjungan besar, nabi Muhammad saw, dan juga buat ahli keluarganya, dan juga para sahabatnya dan juga buat pengikut-pengikut mereka sehingga hari qiamat.
Emmm... dikesempatan daurah yang dijalankan oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah di Asrama Kedah 3 sempat juga saya untuk ke kota Damietta (Dumyat) beberapa hari untuk menghilangkan rasa tention la katakan dimusim panas ni. Perjalanan untuk ke kota ini, mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit dengan menaiki tramko (van) manakala dengan menaiki kereta api ia mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Ini kali ketiga saya menjejaki di kota ini kali pertamanya pada akhir semestar satu, kali keduanya, ketika saya mengikuti program ILTIQA bersama MKKK. Seberadanya saya di sana, saya tansit di rumah saudara Syamir Syaari (penuntut kuliah usuluddin Alazhar) dan saudara Solahuddin Majid. ( penuntut kuliah syariah walqonun Alazhar). Alhamdulillah saya mendapat layanan yang baik dari mereka sepanjang berada disana. Semasa berada disana, saya sempat berjalan-jalan disekitar kawasan kota ini. Antaranya Laut Roksu bar (temmpat pertembungan air sungai nil dengan laut, ladang kurma, dan juga dapat memacing yang juga salah satu hobi saya ketika sekolah rendah dahulu, hampir 20 ekor ikan saya dapat naikkan.
Sepanjang kembara ini, saya juga dapat mengenal suasana di kota ini dengan karenah arab yang amat berbeza berbanding dikawasan saya. Antaranya mereka disini kebanyakannya bercakap dengan menggunakan bahasa fushah tetapi mereka tidak peramah sepertimana penduduk di kawasan saya. Selain itu saya juga saya dapat menenangkan fikiran kerana kawasan disini tidak banyak kenderaan.
Saya berharap seberadaan saya di bumi Mesir ini, Allah dapat lagi memberikan kelapangan untuk mengunjungi kota Damietta buat kali yang seterusnya. amin.
(Maaf kerana saya tidak dapat mengupload imej kerana internet di kediaman rumah Kedah bermasalah)
(Maaf kerana saya tidak dapat mengupload imej kerana internet di kediaman rumah Kedah bermasalah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan