Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini kita masih diberikan nikmat iman dan islam. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw.
Sepanjang hidup kita tidak dapat dielak dari ujian, samaada berat atau ringan. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kehilangan ahli keluarga, ada yang diuji dengan penyakit, ada orang yang diuji dengan wang apabila menjadi seorang pemimpin, dan pelbagai-bagai lagi ujian yang perlu ditempuhi. Bak kata pepatah jika tiada ujian bukanlah dinamakan hidup. Akan tetapi semua ujian yang ditimpa kepada kita sama ada ringan atau berat hanyalah bertujuan untuk mengangkat atau menghina tahap keimanan kita kepada pencipta. Dari itu, kita diajar untuk berdoa kepadanya. Segala ujian yang ditimpa hendaklah kita menyerahkan seratus peratus kepada Allah. Moga-moga kita mendapat afiah daripada setiap ujian yang diuji. Kita juga disuruh oleh rasulullah saw agar selalu meminta afiah kepada Allah bukan meminta dikuatkan kesabaran kerana meminta ditingkatkan kesabaran beerti kita meminta Allah menurunkan ujian kepada kita. Nauzubillah min zalika. Wallah a'lam.
Sekarang sudah masuk bulan julai, semua imtihan yang diatur oleh pihak jamiah telah aku lalui termasuk imtihan bahasa inggeris yang baru sahaja diwajibkan semua oleh pihak jamiah bagi wafidin mengambilnya semasa imtihan dur sani sedang dijalankan. Kadang-kadabg aku tergelak sendirian kerana pihak jamiah boleh membuat keputusan dengan masa yang begitu cepat tanpa bermesyuarat dengan lebih lama bagi menentukan sesuatu keputusan, dalam masa lima sahaja tidak mustahil untuk mereka meletakkan sesuatu keputusan. Ini bermakna, walaupun kita tidak ada kuasa yang penuh oleh kerajaan, kita boleh menentukan sesuatu perkara hanya dengan bermesyuarat dngan sedetik masa sahaja. Rasanya jika di Malaysia memang mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Walau apa-apa pun imtihan tersebut memang tetap akan dilaksanakan jika ianya dikhabarkan oleh pihak Azhar walaupun ketika peperiksaan sedang dijalankan.
Kini aku Berada di Cairo kerana ingin mengikuti daurah sofiyah (musim Panas) di Rumah Kedah Tiga Hayyu Sabeik, Madinah Nasr yang akan berlangsung sehingga bulan 9 ini. Namun begitu di masjid Azhar juga ada daurah sofiyyah yang diatur oleh pihak gamik Azhar. Aku fikir memang beruntunglah bagi orang yang rajin menuntut ilmu disini kerana sangat banyak pengajian berbanding negara-negara lain.
Aku memohon kepada Allah agar diri ini diberikan semangat dan dan diberikan kefahaman dan ingatan yang tinggi. Terutamanya diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dibumi barakah ini. Aku juga memohon agar rakan-rakan mendoakan diriku di sini sentiasa berada dibawah jagaan Allah seadanya.
Universiti AlAzhar Tonto
>Alfaqir Ilallah, Mohd Azhar Almarbawi<
>Penuntut Kuliah Syariah Walqonun Universiti AlAzhar Assyarif Bi Tonto <
Tiada ulasan:
Catat Ulasan